[VIDEO] Kilang 'gesek' 90 tahun masih gah 'menyala'

A
A
A

KOTA BHARU - Mancis atau 'gesek' yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Kelantan satu ketika dahulu mungkin kurang dikenali golongan muda hari ini.

Mana tidaknya, ramai beranggapan bahan api yang diperbuat daripada batang kayu terentang atau simpul paya itu dicelup dengan bahan kimia seperti kalium klorida, sulfur, silika dan kanji ini sukar untuk ditemui sejurus kemunculan pemetik api.

Industri pembuatan gesek masih kekal relevan di pasaran apabila kilangnya yang terletak di Sungai Keladi, Kota Bharu tetap gah walaupun sudah berusia 90 tahun.
Industri pembuatan gesek masih kekal relevan di pasaran apabila kilangnya yang terletak di Sungai Keladi, Kota Bharu tetap gah walaupun sudah berusia 90 tahun.

Bagaimanapun, industri pembuatan gesek masih kekal relevan di pasaran apabila kilangnya yang terletak di Sungai Keladi di sini tetap gah walaupun sudah berusia 90 tahun.

Bermula dengan 5 sen sekotak sekitar tahun 1960an, namun kini ia dijual pada harga 30 hingga 40 sen selari dengan perubahan mutakhir ini.
Bermula dengan 5 sen sekotak sekitar tahun 1960an, namun kini ia dijual pada harga 30 hingga 40 sen selari dengan perubahan mutakhir ini.

Artikel Berkaitan:

Selain memproses untuk jenama sendiri iaitu cap lada, pihakya turut menerima tempahan untuk jenama lain serta dari sektor perhotelan.
Selain memproses untuk jenama sendiri iaitu cap lada, pihakya turut menerima tempahan untuk jenama lain serta dari sektor perhotelan.

Bermula dengan 5 sen sekotak sekitar tahun 1960-an, namun kini ia dijual pada harga 30 hingga 40 sen selari dengan perubahan mutakhir ini.

Menurut Pengurus Kelantan Match Factory, Wee, setiap bulan sebanyak 1.2 juta kotak mancis dihasilkan di kilang yang dibina sejak 1933 dan pasarannya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.

Menurut Wee mancis buatan kilang tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menitik beratkan aspek kualiti walaupun sudah mencecah hampir satu abad.
Menurut Wee mancis buatan kilang tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menitik beratkan aspek kualiti walaupun sudah mencecah hampir satu abad.

"Dengan kekuatan tenaga pekerja sekitar lebih 28 orang yang berusia 30 hingga 76 tahun, kilang yang terletak di tanah berkeluasan 2.8 hektar ini hanya 'sepi' pada Jumaat sahaja.

Kilang yang terletak di tanah berkeluasan 2.8 hektar ini hanya 'sepi' pada Jumaat sahaja.
Kilang yang terletak di tanah berkeluasan 2.8 hektar ini hanya 'sepi' pada Jumaat sahaja.

"Di sini terdapat tiga kilang yang memainkan peranan berbeza-beza, bermula dari proses sekeping kayu nipis dilipat, digam, dam dibalut kemudian dijemur hinggalah kepada mencelup batang mancis dengan bahan kimia khas serta ke peringkat pembungkusan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau memberitahu, selain memproses untuk jenama sendiri iaitu cap lada, pihaknya turut menerima tempahan untuk jenama lain serta dari sektor perhotelan.

Setiap bulan sebanyak 1.2 juta kotak mancis dihasilkan di kilang yang dibina sejak 1933 dan pasarannya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
Setiap bulan sebanyak 1.2 juta kotak mancis dihasilkan di kilang yang dibina sejak 1933 dan pasarannya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.

Ujar Wee, walaupun penggunaan pemetik api cukup meluas ketika ini namun mancis masih lagi menjadi pilihan orang ramai terutama dalam kalangan masyarakat di kampung.

Hal ini kerana, menurutnya mancis buatan kilang tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menitik beratkan aspek kualiti walaupun sudah mencecah hampir satu abad.

Wee dibantu pekerja lain semasa proses mencelup batang mancis dengan bahan kimia seperti kalium klorida, sulfur, silika dan kanji.
Wee dibantu pekerja lain semasa proses mencelup batang mancis dengan bahan kimia seperti kalium klorida, sulfur, silika dan kanji.

Tambah beliau ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan api tetapi turut menjadi barangan yang mengimbau nostalgia lama.

"Lebih menarik lagi ia adalah kilang mancis tunggal serta tertua di Malaysia sehinggakan menjadi salah satu daya tarikan kepada pelancong untuk datang dan melihat sendiri pembuatan bahan api itu.

Ramai beranggapan bahan api yang diperbuat daripada batang kayu terentang atau simpul paya itu dicelup dengan bahan kimia seperti kalium klorida, sulfur, silika dan kanji ini sukar untuk ditemui sejurus kemunculan pemetik api.

Sebut sahaja gesek pasti cap lada akan terbayang di fikiran dan menjadi bualan ramai.
Sebut sahaja gesek pasti cap lada akan terbayang di fikiran dan menjadi bualan ramai.

"Bangunan kilang serta suasana masih lagi dikekalkan. Disebabkan itu orang ramai yang datang ke sini akan merasakan seperti mereka berada di zaman 80an," katanya.

Wee memberitahu, walaupun berada di zaman teknologi namun pihaknya mampu duduk sebaris dengan produk bahan api lain di pasaran.

Gesek bukan sahaja digunakan sebagai bahan api tetapi turut menjadi barangan yang mengimbau nostalgia lama
Gesek bukan sahaja digunakan sebagai bahan api tetapi turut menjadi barangan yang mengimbau nostalgia lama

Ujar beliau, sebut sahaja gesek pasti cap lada akan terbayang di fikiran dan menjadi bualan ramai.

Batang mancis diperbuat daripada batang kayu terentang atau simpul paya.
Batang mancis diperbuat daripada batang kayu terentang atau simpul paya.

Pekerja sedang menyusun kotak mancis yang siap digam.
Pekerja sedang menyusun kotak mancis yang siap digam.

"Permintaan tetap ada dan kilang ini akan terus beroperasi bagi memastikan 'periuk nasi' kepada penduduk setempat tidak terjejas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!