[VIDEO] Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Susuk tubuh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang semakin kurus, menarik perhatian semua pihak yang hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun ini mencecah 150 kilogram (kg) ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi 3 Mei lalu, namun kini merosot kepada 90kg.

Ini bermakna, dia yang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella telah mengalami penurunan berat badan sebanyak 60kg dalam masa enam bulan.

Dia yang memakai jubah merah jambu, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara, kelihatan tenang ketika disapa ahli keluarga dan rakan-rakannya yang memakai baju serba putih.

Siti Bainun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Siti Bainun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada 3 Mei lepas, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Artikel Berkaitan:

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!