Suarez kembali sarung jersi Uruguay

Suarez - Foto Agensi
Suarez - Foto Agensi
A
A
A

PELEDAK sensasi, Luis Suarez kembali menyertai Uruguay setelah tersisih daripada skuad kebangsaan yang dibimbing jurulatih baharu, Marcelo Bielsa Mei lalu.

Pemain berusia 36 tahun itu bakal memperkuatkan jentera depan Uruguay untuk menentang Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2026 minggu ini.

Suarez yang menyumbat 68 gol antarabangsa berada dalam prestasi terbaik untuk kelab Brazil, Gremio apabila menghasilkan 16 gol daripada 29 perlawanan.

Aksi menentang Argentina pada Khamis akan menjadi yang pertama buat pasukan kebangsaan sejak mereka tersingkir daripada Piala Dunia Qatar pada aksi peringkat kumpulan tahun lalu.

Dalam pada itu, penjaga gol Manchester City, Ederson pula terpaksa diketepikan untuk aksi kelayakan berdepan Colombia dan Argentina kerana mengalami kecederaan kaki.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan ketika beraksi bersama City yang mencatatkan keputusan seri 4-4 dalam aksi Liga Perdana (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge Ahad lalu.

Nasib malang turut menimpa Edinson Cavani yang meledak 58 gol antarabangsa apabila tersisih daripada senarai selepas mengalami kecederaan ketika bermain untuk Boca Juniors.

Argentina yang tidak tewas berada kedudukan teratas kumpulan dengan 12 mata selepas empat perlawanan, lima mata di hadapan Venezuela, Brazil dan Uruguay.

Artikel Berkaitan:

Enam pasukan dari Amerika Selatan akan layak ke Piala Dunia 2026 yang dianjurkan oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!