Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kilang 'gesek' berusia 90 tahun masih gah di Kelantan 

14 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 14 NOVEMBER 2023

Mancis atau 'gesek' yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Kelantan satu ketika dahulu mungkin kurang dikenali golongan muda hari ini, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Mana tidaknya, ramai beranggapan bahan api yang diperbuat daripada batang kayu terentang atau simpul paya itu dicelup dengan bahan kimia seperti kalium klorida, sulfur, silika dan kanji ini sukar untuk ditemui sejurus kemunculan pemetik api.

Bagaimanapun, industri pembuatan mancis masih kekal relevan di pasaran apabila kilangnya yang terletak di Sungai Keladi di Kota Bharu tetap gah walaupun sudah berusia 90 tahun.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634379/edisi/kelantan/kilang-gesek-90-tahun-masih-gah-menyala

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Mancis #Kilang #Kelantan