Tiada perubahan kenyataan, serah kepada polis buat siasatan - Peguam

Siti Mastura bersama Ahmad Amzar (kiri) ditemui pihak media selepas memberi keterangan kepada penyiasat USJT di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Selasa.
Siti Mastura bersama Ahmad Amzar (kiri) ditemui pihak media selepas memberi keterangan kepada penyiasat USJT di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad tidak membuat sebarang perubahan kenyataan berhubung ucapannya pada kempen pilihan raya dan hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.

Peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, anak guamnya telah memberi keterangan dan kerjasama penuh kepada pihak penyiasat daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) bagi membuat siasatan lanjut.

Kata beliau, Siti Mastura telah menjawab kesemua lebih 10 soalan yang ditanyakan bagi tempoh satu jam siasatan dijalankan.

"Kita juga telah memberikan bahan-bahan rujukan berkenaan ucapan yang disampaikan pada kempen pilihan raya di Kemaman kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.

"Saya percaya pihak polis akan melakukan siasatan lanjut dan jika diperlukan, kita akan terus membantu serta memberi kerjasama diperlukan.

Siti Mastura bersama Ahmad Amzar (kiri) selepas memberi keterangan kepada penyiasat USJT.
Siti Mastura bersama Ahmad Amzar (kiri) selepas memberi keterangan kepada penyiasat USJT.



"Kita serahkan kepada pihak polis menyelesaikan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Terdahulu, Siti Mastura dan Ahmad Amzar dilihat tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 11 pagi bagi memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ahmad Amzar berkata, pihaknya telah menerima empat surat tuntutan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, surat tuntutan itu telah dikemukakan oleh bekas Pengerusi DAP, Tan Sri Lim Kiat Siang; bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng serta Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.

Ahmad Amzar (tengah) mewakili Siti Mastura membuat kenyataan kepada pihak media.
Ahmad Amzar (tengah) mewakili Siti Mastura membuat kenyataan kepada pihak media.

Jelasnya, kesemua surat tuntutan itu dihantar ke pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas tersebut baru-baru ini.

Namun begitu jelas beliau, pihaknya masih belum meneliti sepenuhnya surat tuntutan tersebut tetapi percaya ia berkait rapat dengan kandungan ucapan Siti Mastura yang telah dibuat di Kemaman.

Ditanya sama ada Siti Mastura akan membuat permohonan maaf, beliau berkata, pihaknya perlu meneliti sepenuhnya terlebih dahulu surat tuntutan tersebut.

Namun begitu katanya, pada masa ini, Siti Mastura masih dengan kenyataan yang diucapkan sebelum ini di Kemaman.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan membuat pertimbangan dengan pilihan yang ada.

Sementara itu, Siti Mastura berkata, segala bukti yang diserahkan kepada pihak polis diharap dapat memudahkan urusan siasatan.

Jelasnya, kes ucapan di Kemaman itu dipercayai berkait dengan isu agama, raja dan kaum (3R).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!