Rayuan akhir kemenangan PRU15 Parlimen Marang esok

Jasmira (kiri), Abdul Hadi
Jasmira (kiri), Abdul Hadi
A
A
A

PUTRAJAYA – Rayuan akhir bekas calon Barisan Nasional (BN) terhadap keputusan yang mengekalkan kemenangan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, akan didengar di Mahkamah Persekutuan, pada Rabu.

Rayuan Jasmira Othman akan didengar secara fizikal oleh beberapa panel hakim, pada jam 9 pagi.

Pada prosiding lalu, peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Jasmira berkata, notis rayuan telah difailkan pada 28 Jun lepas.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengekalkan Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen kawasan terbabit selepas menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi membatalkan kemenangan Presiden Pas.

Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan Jasmira gagal membuktikan wujud unsur rasuah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lepas, antara lain mendakwa Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri.

Perayu mendakwa perkara itu berlaku menerusi program i-pencen, i-Belia dan i-Siswa, pada 15 hingga 17 November 2022, iaitu beberapa hari menjelang PRU15.

Pada pilihan raya tersebut, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang, Dr Zarawi Sulong.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding majoriti sebanyak 21,954 undi yang diperoleh pada PRU14.

Abdul Hadi memperoleh keseluruhan undi sebanyak 73,115 mengatasi Jasmira (31,386 undi), Azhar (4,140 undi) dan Dr Zarawi (427 undi).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!