Lima kali pindah, kedai makan ditelan laut

Kedai mi celup yang lima kali dipindahkan kerana monsun yang turut menyebabkan perubahan pantai.
Kedai mi celup yang lima kali dipindahkan kerana monsun yang turut menyebabkan perubahan pantai.
A
A
A

KOTA BHARU - Setiap kali menjelang Monsun Timur Laut (MTL) seorang peniaga kedai makan di Pantai Sabak di sini akan terimbau kejadian lima kali kedainya yang terpaksa berpindah kerana tenggelam akibat hakisan pantai.

Ibu lima anak itu, Rosnani Jusoh, 57, berkata, mula berniaga kedai makan di pantai berkenaan sekitar tahun 1996 dan saban tahun berdepan debaran menghadapi angin kencang MTL.

ROSNANI
ROSNANI

Menurut Rosnani, MTL kebiasaannya bermula pada pertengah November dan ketika itu dia akan menutup operasi perniagaan mi celup yang diusahakannya antara tempoh seminggu hingga lebih atas faktor keselamatan.

Sawar angin yang didirikan di hadapan kedai makan di Pantai Sabak.
Sawar angin yang didirikan di hadapan kedai makan di Pantai Sabak.

“Semasa monsun, langit akan bertukar gelap dan datang angin yang kuat dari banyak penjuru selain ombak besar menyebabkan tempias kepada pelanggan kedai makan kerana hanya berada dalam jarak 50 meter dari pantai.

“Keadaan berbahaya kerana zink juga boleh diterbangkan angin dan walaupun sebagai penduduk asal yang sudah terbiasa dengan keadaan ini, saya tetap rasa takut serta teringat-ingat akan kejadian kedai berpindah-pindah kerana hakisan pantai akibat monsun,” katanya ketika ditemui di Pantai Sabak di sini, pada Selasa.

Sementara itu, suaminya, Rudi Sulung, 62, membina sawar angin untuk mengurangkan kekuatan angin itu daripada terus membadai kedai makan dan ke rumah mereka yang terletak bersebelahan.

Artikel Berkaitan:

RUDI
RUDI

Kata Rudi, sawar angin dibina menggunakan pelepah kelapa matang, daun nipah dan batang pokok rhu serta buluh untuk diikat sebagai tiang selain akan diperbaharuhi setiap tiga tahun.

“Batang rhu yang ditebang akan dijemur dan dibiarkan kira-kira sebulan untuk mengeringkan getahnya sebelum dipacak menjadi tiang asas bersama buluh.

Rudi memotong pelepah kelapa untuk dijadikan sawar angin.
Rudi memotong pelepah kelapa untuk dijadikan sawar angin.

“Kira-kira 300 hingga 400 pelepah kelapa dan daun nipah kemudiannya diselitkan sepanjang 100 meter bagi menutup ruang untuk mengelakkan angin terus menghempas kedai makan atau rumah,” ujar Rudi.

Rudi memotong dahan rhu yang akan digunakan untuk membuat tiang asas sawar angin.
Rudi memotong dahan rhu yang akan digunakan untuk membuat tiang asas sawar angin.

Dia yang juga penduduk asal Pantai Sabak itu menjadi satu-satunya penduduk di kawasan kampung tersebut yang masih menggunakan sawar angin walaupun sudah berpindah sejauh empat kilometer daripada tapak asal rumah mereka.

Katanya, selain kedai makan itu, rumah mereka juga sudah tiga kali berpindah kerana dua daripadanya tenggelam di laut.

“Jika ada sawar angin ini diibaratkan kalau pasang lilin atau pelita, api tidak akan padam berbanding tidak ada sawar angin yang akan menyebabkan pelbagai barangan seperti botol atau pakaian di ampaian boleh diterbangkan angin,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!