Warga emas buat tuntutan palsu PERKESO dihukum denda, penjara

Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu PERKESO semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu PERKESO semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Pengurus PERKESO Rawang, Khairul Mizan Md Said, lelaki berusia 60 tahun itu dikesan melakukan perbuatan tersebut lapan tahun lalu bagi tujuan mendapatkan Faedah Pencen Ilat lebih RM137,000.

Menurutnya, pencen tersebut dibayar secara bulanan sebanyak RM1,625 sejak 2015 hingga November tahun lepas

"Pada prosiding hari ini (Selasa), tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang telah dibacakan oleh Majistret, Chai Guan Hock.

"Dia telah dijatuhkan hukuman denda RM3,200 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut, " katanya pada Selasa.

Katanya, lelaki berkenaan melakukan kesalahan bawah Seksyen 93(a), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969( Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93 akta yang sama.

Tambahnya, pendakwaan telah dilakukan oleh Rosalizal Brahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku pencen ilat yang didaftarkan di PERKESO Rawang menggunakan khidmat ejen dengan bayaran RM15,000.

Artikel Berkaitan:

"PERKESO memberi amaran keras kepada semua pekerja untuk menggunakan saluran yang betul dalam mengemukakan tuntutan.

"PERKESO tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan pemberian faedah kepada pekerja yang layak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!