England sisih khidmat Bellingham, Colwill
JUDE Bellingham dan Levi Colwill menarik diri daripada skuad England berikutan kecederaan bahu pada Selasa menjelang dua perlawanan terakhir kelayakan Euro 2024.
Pemain tengah, Bellingham dan pertahanan, Colwill akan kembali ke kelab untuk meneruskan pemulihan masing-masing, kata FA Inggeris dalam satu kenyataan.
Colwill sebelum ini terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea menentang Manchester City pada Ahad.
Sementara itu Bellingham pula disisihkan dari dua perlawanan terakhir bersama Real Madrid sebelum ini.
The Three Lions yang menduduki tangga teratas Kumpulan C dengan 16 mata daripada enam perlawanan sudah pun layak ke Euro 2024.
Angkatan Gareth Southgate akan menentang pasukan tersingkir Malta dan Macedonia Utara pada Jumaat serta Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!