Hospital kanak-kanak di Gaza kini tidak berfungsi

Kekejaman Israel ke atas rakyat Gaza semakin menjadi-jadi. - Gambar AFP
Kekejaman Israel ke atas rakyat Gaza semakin menjadi-jadi. - Gambar AFP
A
A
A

GAZA - Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza pada Selasa berkata bahawa fasiliti kesihatan itu kini telah dikosongkan dan tidak lagi berfungsi.

Mustafa al-Kahlot berkata, ia rentetan daripada pengepungan tentera Israel di kawasan itu dengan menyekat bekalan elektirik, air dan oksigen untuk kegunaan hospital.

Hal itu sekali gus memaksa kakitangan perubatan, pesakit dan berpuluh-puluh keluarga pelarian yang tinggal di hospital itu berpindah. Pemindahan itu juga tegas Mustafa, adalah satu bentuk paksaan oleh tentera rejim Zionis Israel.

“Proses pemindahan yang berlaku tengah hari Jumaat (10 November) terpaksa dilakukan.

"Hospital telah dikepung oleh kereta kebal dan air, bekalan elektrik dan oksigen terputus dan hospital menjadi sasaran, jadi kami terpaksa mengosongkan hospital," katanya.

Jelasnya lagi, beberapa pesakit terpaksa ditinggalkan di unit rawatan rapi semasa pemindahan, manakala ramai pesakit lain dibawa sama ada oleh keluarga mereka atau oleh kakitangan perubatan, kerana ambulans tidak dapat sampai ke hospital.

Seorang pegawai Hamas di Beirut berkata, 25 daripada 35 hospital Gaza kini tidak dapat digunakan lagi dan lumpuh sepenuhnya kerana serangan kejam rejim Zionis Israel. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!