Melaka terus tarik pelabur berkemahiran tinggi

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Negeri Melaka sentiasa berusaha membawa pelabur asing melalui industri berkemahiran dan berteknologi tinggi bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia termasuk bidang elektronik yang melibatkan teknologi tinggi dan akan memberikan sesuatu lebih baik berbanding industri yang mempunyai kemahiran rendah.

Menurutnya, usaha ini akan membantu meningkatkan industri berkaitan elektronik dan meningkatkan peluang pekerjaan," katanya.

Adly berkata demikian ketika mengulas mengenai Laporan Siswazah 2018 dari Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendapati siswazah bekerja di Melaka menerima gaji dan upah paling rendah masing-masing RM4,086 bagi purata dan RM3,127 penengah.

Mengulas mengenai gaji minimum RM1,200, Adly berkata, peningkatan itu seharusnya berlaku bagi memenuhi keperluan masyarakat dan pendapatan yang diberikan itu juga akan menyumbang kepada ekonomi negara.

"Walaupun kita tahu sebahagian majikan akan terkesan (dengan peningkatan gaji) dan ekonomi sedang berkembang dalam keadaan sederhana namun ekonomi masih lagi berkembang.

"Jadi majikan masih boleh mendapat manfaat daripada ekonomi itu dan pekerja boleh menguruskan kehidupan melalui peningkatan gaji," katanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di 57 bandar utama termasuk Melaka.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Adly berkata, hubungan diplomatik antara Melaka dengan Kerajaan China terus positif dengan memperluas pertumbuhan perdagangan serta pelaburan tetapi mengambil pendekatan bertolak ansur membabitkan isu hak asasi global.

"Isu Uyghur (etnik di China) harus diselesaikan melalui kerajaan dengan kerajaan.

"Kita sentiasa bersimpati dengan etnik itu tetapi pada masa sama perlu mendapatkan maklumat tepat kerana kerajaan itu ada etnik lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!