Tiada pasukan mampu cabar City

City dijangka tidak berdepan masalah untuk mempertahankan trofi EPL.
City dijangka tidak berdepan masalah untuk mempertahankan trofi EPL.
A
A
A

MANCHESTER City mungkin tidak berada pada prestasi terbaik seperti musim lalu selepas mengumpul kurang satu mata daripada 12 perlawanan musim lalu namun menurut penganalisis data Opta, pasukan itu masih pilihan utama untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut.

Opta Analyst meramalkan kedudukan 20 pasukan ketika EPL berakhir musim ini berdasarkan 10,000 simulasi kempen 2023-24 daripada segi persembahan dan baki perlawanan yang dimasukkan ke dalam Supercomputer.

Ramalan itu kelihatan cukup baik untuk pasukan kendalian Pep Guardiola itu namun agak membimbangkan buat Burnley.

City diramalkan mempunyai kebarangkalian 84.6 peratus untuk menjulang trofi EPL dengan Liverpool hanya mempunyai peluang 9.1 peratus dan Arsenal pula yang naib juara musim lalu dengan 5.6 peratus.

Kekalahan berturut-turut dialami Tottenham Hotspur bermakna harapan gelaran mereka hampir tidak wujud pada 0.3 peratus, sama seperti Aston Villa.

Manchester United, yang kini berada di tempat keenam, diramalkan akan mengakhiri saingan liga di tempat ketujuh dan hanya mempunyai peluang 5.9 peratus untuk menamatkan saingan di empat teratas.

Newcastle United mempunyai peluang 25 peratus untuk menduduki tempat keempat manakala Chelsea diramalkan akan menduduki tempat kesembilan.

Pengiraan Opta juga meramalkan tiga kelab yang dinaikkan pangkat musim lalu semuanya akan tersingkir dengan Burnley yang berada di tempat ke-20 86.9 peratus akan turun ke Liga Kejuaraan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!