[VIDEO] Peniaga didakwa bunuh rakan kongsi warga emas

A
A
A

MARANG - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dakwaan membunuh rakan kongsi yang merupakan warga emas dalam kejadian di Kuala Berang, Hulu Terengganu awal November lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh, Nooraini Remali, 35, didakwa membunuh mangsa yang berusia 65 tahun dalam kejadian di tepi jalan di Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira jam 4.35 pagi pada 1 November lalu.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu atas dakwaan membunuh rakan kongsi warga emas dalam kejadian awal November lalu.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu atas dakwaan membunuh rakan kongsi warga emas dalam kejadian awal November lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun atau sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes untuk laporan forensik.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd Jazlee sementara tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu.