Remaja guna nombor plat 'SCK Racing' ditahan

Motosikal ditunggang remaja terbabit yang disita polis atas pelbagai kesalahan iaitu nombor pendaftaran palsu dan tiada brek belakang.
Motosikal ditunggang remaja terbabit yang disita polis atas pelbagai kesalahan iaitu nombor pendaftaran palsu dan tiada brek belakang.
A
A
A

AMPANG - Tindakan seorang remaja lelaki memalsukan nombor pendaftaran motosikal menjerat diri apabila ditahan polis di Jalan Pandan Ilmu, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penahanan itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10.20 malam.

Menurutnya, semasa ditahan, remaja lelaki berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC itu menggunakan nombor pendaftaran belakang tertera ‘SCK Racing’.

“Turut dikesan kesalahan pengubahsuaian ekzos, tiada nombor pendaftaran di hadapan dan tiada brek belakang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, remaja tersebut turut tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Nombor pendaftaran palsu yang digunakan penunggang remaja berusia 16 tahun ditahan polis di Ampang, pada Isnin.
Nombor pendaftaran palsu yang digunakan penunggang remaja berusia 16 tahun ditahan polis di Ampang, pada Isnin.

Kata Azam, remaja itu telah ditahan, manakala motosikal terbabit disita untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, masyarakat terutama yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen.

Artikel Berkaitan:

“Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!