Sinner tundukkan pemain nombor satu dunia
ATLET muda berusia 22 tahun, Jannik Sinner melakar kejutan apabila menundukkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic untuk mara ke suku akhir ATP Final di Turin awal pagi Rabu.
Kejayaan tersebut menjadikan Sinner pemain pertama Itali mara ke kelompok lapan terbaik selepas menang 7-5, 6-7 (5/7), 7-6 (7/2) dalam aksi yang penuh debar itu.
“Apabila anda menang menentang pemain nombor satu dunia yang memenangi 24 Grand Slam, ia jelas sesuatu yang istimewa.
“Ia amat bermakna bagi saya,” ujar Sinner yang merupakan pemain nombor empat dunia.
Kejayaan itu menjadi kemenangan pertama Sinner dari empat pertemuan ke atas Djokovic yang berusaha untuk menang buat kali ketujuh pada kejohanan akhir tahun tersebut.
Selepas kejayaan itu, pemain nombor empat dunia itu menerima sorakan padu peminat, melaungkan namanya sejurus dia meraih kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam di Pala Alpitour.
Sinner melalui tahun terbaik dalam kariernya, merangkul empat gelaran musim ini termasuk pada Masters 1000 di Toronto dan memiliki potensi terbaik di Itali ketika ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!