Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Warga Bangladesh rogol anak tiri hingga lahirkan bayi dijel 22 tahun, 15 sebatan

15 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 15 NOVEMBER 2023

Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Seremban pada Rabu selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya berusia 13 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga pakaian berusia 44 tahun berkenaan selepas mendengar mitigasi pertuduhan dan hujahan pemberatan dari pihak pendakwaan.

Katanya mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan kes sumbang mahram kerana perbuatan tertuduh adalah terkutuk dan keji.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634620/berita/semasa/warga-bangladesh-rogol-anak-tiri-hingga-lahirkan-bayi-dijel-22-tahun-15-sebatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini