Ribut pasir, debu semakin kerap berlaku di seluruh dunia - PBB

Pemandangan awan gelap bergulung pasir dan debu yang menyedut segala benda di laluannya dan mengubah siang menjadi malam merupakan antara kejadian alam yang paling menakutkan. - Foto Agensi
Pemandangan awan gelap bergulung pasir dan debu yang menyedut segala benda di laluannya dan mengubah siang menjadi malam merupakan antara kejadian alam yang paling menakutkan. - Foto Agensi
A
A
A

BERLIN - Ribut pasir dan debu semakin kerap berlaku di sesetengah tempat di seluruh dunia, dengan sekurang-kurangnya satu perempat daripada ribut yang berlaku berpunca daripada manusia, menurut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Menangani Penggurunan (UNCCD), lapor Xinhua.

"Pemandangan awan gelap bergulung pasir dan debu yang menyedut segala benda di laluannya dan mengubah siang menjadi malam merupakan antara kejadian alam yang paling menakutkan.

"Ia adalah fenomena yang mendatangkan malapetaka besar dari Asia Utara dan Tengah hinggalah Afrika sub-Sahara.

"Ribut pasir dan debu mengetengahkan cabaran yang besar dalam usaha untuk mencapai pembangunan mampan.

"Bagaimanapun, sebagai mana kejadian ribut pasir dan debu diburukkan lagi oleh aktiviti manusia, ia juga boleh dikurangkan menerusi tindakan manusia," menurut Ibrahim Thiaw, Setiausaha Eksekutif UNCCD.

Walaupun ribut merupakan fenomena semula jadi yang lazim dan bermusim di sesetengah wilayah, masalah itu diburukkan lagi oleh pengurusan tanah dan air yang lemah, kemarau dan perubahan iklim, menurut pakar UNCCD. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!