Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestine (i4P) bantu penduduk Gaza
15 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 15 NOVEMBER 2023
Terkesan dengan situasi konflik di Palestin, Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestine (i4P) akan menghantar bantuan kecemasan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dalam masa terdekat.
Kumpulan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jahya tiba di Kaherah sejak 13 November lalu bagi menyampaikan bantuan kecemasan itu yang turut meliputi ubat-ubatan, peralatan perubatan dan keperluan musim sejuk.
Semalam, wakil pasukan sukarelawan itu bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), Dr Ramy El Nazer di Ibu Pejabat ERC di Kaherah bagi membincangkan bantuan kecemasan diperlukan warga Palestin di Gaza ketika perang masih berlaku di wilayah konflik itu.
Dr Ramy memaklumkan ERC akan memberikan kerjasama penuh kepada NGO kemanusiaan dari Malaysia itu.
ERC merupakan satu-satunya organisasi yang diberikan mandat oleh Kerajaan Mesir untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada warga Palestin di Gaza melalui sempadan Rafah.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634687/berita/nasional/ikaf-hantar-bantuan-kemanusiaan-ke-gaza
Muzik: Ziv Moran - Make It dari www.artlist.co
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #BantuanKecemasan #Gaza #ERC #YayasanKhayrUmmahAntarabangsa #iKAF #BulanSabitMerahMesir