Rebah lepas baca khutbah gerhana
KUALA NERUS - Seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Suhaimi Mohamad rebah sebaik selesai menyampaikan khutbah gerhana di masjid universiti itu.
Pengarah Pusat Islam UniSZA, Ahmad Othman berkata, kejadian yang berlaku selepas solat Zohor kira-kira jam 1.30 petang tadi itu mengejutkan jemaah yang hadir
Menurutnya, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada Suhaimi ketika menyampaikan khutbah.
"Ketika khutbah gerhana matahari di Masjid UniSZA tadi saya lihat macam ada yang tak kena acaannya tidak jelas, ayat yang dibaca juga berulang-ulang malah ada yang terputus-putus.
"Bagaimanapun beliau tetap berusaha menghabiskan khutbah sebelum rebah dari tempat duduknya," katanya.
Ahmad berkata, Suhaimi difahamkan menghidap penyakit darah tinggi dan dibawa ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Mari kita sama-sama berdoa semoga Ustaz Suhaimi dikurniakan kesembuhan seperti sediakala," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!