Jimmy Choo hadiahkan blazer songket kepada artis terkenal Korea

Jimmy (kiri) memakaikan blazer berwarna unggu kepada Hanry ketika penyanyi itu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jimmy (kiri) memakaikan blazer berwarna unggu kepada Hanry ketika penyanyi itu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

PENYANYI popular Korea, Henry Lau baru-baru ini menerima blazer songket istimewa daripada pereka fesyen terkenal kelahiran Malaysia, Datuk Jimmy Choo.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Henry yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu sempat melawat Jimmy dan merakamkan video bersama ikon fesyen antarabangsa itu.

Selain itu Jimmy dilihat memakaikan Henry sehelai blazer berwarna ungu yang diperbuat daripada kain songket tradisional.

Penyanyi kelahiran Kanada yang juga bekas ahli kumpulan Kpop popular, Super Junior-M itu berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan persembahan sempena Festival Muzik 9Wave pada 11 November lalu bersama beberapa artis Korea lain antaranya Hyoyeon Girls Generation dan (G)I-DLE.

Beliau turut dilihat meluangkan masa melawat beberapa tempat popular sekitar ibu negara selain menikmati hidangan tempatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!