Kerjasama NGO, SPRM banteras rasuah

Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Rahman)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Rahman)
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengaruh perlu mewujudkan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membendung gejala rasuah.

Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Abdul Rahman Solehuddin Mohd Zain berkata, NGO itu boleh menggunakan kelebihan yang ada untuk membuat program berimpak tinggi dalam memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Sebagai contoh, slogan yang dipopularkan oleh Rasuah Busters iaitu ‘Mak Kata Jangan’ merupakan satu kempen mempunyai nilai yang dalam dan berjaya menyentuh hati nurani orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, tambah beliau, sikap insaf dalam diri rakyat semakin pudar apabila orang ramai tidak lagi mempedulikan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.

Jelasnya, sikap tersebut perlu diubah jika masyarakat masih menginginkan negara ini lebih makmur dan sejahtera tanpa perlu melibatkan jenayah dalam kehidupan seharian.

“Sikap keinsafan inilah yang akan mengilhamkan keazaman yang tinggi seterusnya kesepaduan dalam memerangi rasuah terjamin dan didikan perlu diberikan kepada mereka yang ada niat untuk melakukan jenayah itu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!