Messi tetap dapat tempat dalam skuad Argentina

Messi - Foto AFP
Messi - Foto AFP
A
A
A

LIONEL Messi disahkan cergas untuk membarisi kesebelasan utama Argentina dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan menentang Uruguay dan Brazil walaupun dia kekurangan masa permainan, kata jurulatih Lionel Scaloni.

Kelab Messi, Inter Miami telah tersingkir sebelum playoff MLS dan dia tidak beraksi selama hampir sebulan pada pertengahan musim.

“Messi baik, dia bermain dengan baik. Walaupun dia bermain satu perlawanan dalam 25 hari lepas, dia berlatih seperti biasa, dia cergas dan bagus,” kata Scaloni pada sidang akhbar.

Argentina berdepan Uruguay pada Jumaat sebelum menentang Brazil Rabu depan.

Pemenang Ballon d'Or lapan kali itu bermain perlawanan terakhirnya dengan Inter Miami pada 21 Oktober dan pasukan itu gagal ke playoff MLS selepas memenangi Piala Liga pada Ogos.

Dua gol Messi memberikan Argentina kemenangan 2-0 ke atas Peru bulan lalu.

Dalam pada itu, Scaloni tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila bakal bersua kembali dengan bekas jurulatih Argentina Marcelo Bielsa yang kini mengendalikan Uruguay.

“Kami semua telah bersama dengannya dalam pasukan sebelum ini. Satu kepuasan apabila dapat bersemuka dan bertegur sapa dengannya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Argentina berada di tangga teratas kumpulan kelayakan Amerika Selatan dengan 12 mata selepas menang kesemua empat perlawanan.

Uruguay di tempat kedua dengan tujuh mata berkongsi kedudukan dengan Brazil di tempat ketiga dan Venezuela di tempat keempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!