Pasangan junior benam gandingan senior
BEREGU campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul berbanding pasangan senior profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meraih slot suku akhir Masters Jepun.
Kemenangan itu bagaimanapun bukan diraih dengan mudah apabila set pertama dikuasai oleh Soon Huat-Shevon menerusi keputusan 21-16.
Tang Jie-Ee Wei kemudian bangkit pada set kedua untuk menang 21-13, sebelum mengesahkan kejayaan milik mereka apabila kekal konsisten pada set kedua 21-13.
Keputusan tersebut membolehkan Tang Jie-Ee Wei menyamai rekod menentang Soon Huat-Shevon kepada satu kemenangan daripada dua pertembungan di pentas antarabangsa setakat ini.
Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan kelapan bakal membuat perhitungan dengan pilihan utama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada Jumaat.
Gandingan dari China itu mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-6, 21-17.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!