Tujuh lelaki didakwa merogol, lakukan seks luar tabii

Dua pembantu kedai makan dan lima remaja didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan bawah umur pertengahan Julai tahun lalu.
Dua pembantu kedai makan dan lima remaja didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan bawah umur pertengahan Julai tahun lalu.
A
A
A

KEMAMAN - Dua pembantu kedai makan bersama lima remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii serta merogol seorang remaja perempuan bawah umur, Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh berusia 14 hingga 19 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd dan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kijal, di sini antara jam 4 petang hingga 6.15 petang pada pertengahan Julai tahun lalu.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Kemaman pada Khamis.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Kemaman pada Khamis.

Dua tertuduh berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 377B kanun yang sama.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 14 Disember depan bagi sebutan semula kes.

Wan Suhaila turut menetapkan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, lima lagi tertuduh yang merupakan pesalah juvana didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan yang sama pada masa dan lokasi yang sama.

Majistret membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM3,700 hingga RM4,000 dan kes disebut semula pada 3 Januari depan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman dan tertuduh diwakili Peguam, Ahmad Ahnaf Zaimi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!