Pacu penyertaan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia
[DIKEMAS KINI] Panasonic Malaysia telah bekerjasama dengan Harvey Norman melalui inisiatif ‘Energy for Green Future’ untuk memacu penyertaan aktif dalam kitar semula bateri dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuke Nishida berkata, kerjasama itu menunjukkan tanda sokongan terhadap kelestarian alam sekitar dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima gaya hidup yang lebih mementingkan alam sekitar.
Beliau berkata, menerusi perkongsian penting itu, Panasonic dan Harvey Norman mahu memberikan kesan positif yang besar kepada alam sekitar, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula bateri.
“Kerjasama ini merupakan langkah menangani cabaran global membabitkan perubahan iklim selaras dengan slogan tindakan jenama kami 'Create Today. Enrich Tomorrow’ yang membolehkan kami menumpukan kepada memperkayakan kesejahteraan holistik pelanggan dan meningkatkan kesejahteraan planet kita.
“Bateri adalah item yang digunakan dalam kebanyakan alat dan perkakas elektronik kami tetapi saluran untuk mengitar semulanya dan kesedaran mengenai kepentingan mengitar semulanya masih agak rendah.
"Melalui inisiatif ‘Energy for Green Future’, kami berusaha ke arah masa depan yang mampan dan satu langkah terbaik untuk menyediakan pilihan kitar semula bateri yang mudah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, Panasonic dan Harvey Norman bersedia untuk melaksanakan satu siri inisiatif termasuk meletakkan tong Eco Panasonic khusus di cawangan Harvey Norman di seluruh negara.
“Tong Eco ini akan berfungsi sebagai tempat pengumpulan untuk bateri terpakai seterusnya menggalakkan kitar semula bateri.
“Panasonic Energy juga melaksanakan program penukaran yang menawarkan diskaun tambahan bagi pembelian bateri boleh dicas semula eneloop terpilih apabila pelanggan membawa bateri terpakai mereka untuk dikitar semula,” katanya.
Nishida berkata, Panasonic merancang untuk memperkenalkan model bateri eksklusif, bakal pertama kali yang akan ditawarkan di Harvey Norman.
“Bateri ini akan direka bentuk dengan mengambil kira kemampanan dan sejajar dengan inisiatif hijau syarikat untuk menawarkan pelanggan yang mementingkan alam sekitar menerusi lebih banyak pilihan bateri,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Produk Bahagian Elektrik Harvey Norman, Eugene Lim berkata, kelestarian adalah sebahagian daripada DNA mereka sebagai syarikat Australia dan kitar semula adalah sebahagian besar daripada gaya hidup kami.
“Kami kemudiannya mengembangkan inisiatif kelestarian ke rantau Asia Tenggara bertahun-tahun yang lalu bermula dengan Singapura dan kini Malaysia.
"Kami bersetuju untuk bekerjasama dengan Panasonic kerana kekurangan kesedaran dan saluran untuk orang ramai mengitar semula bateri terpakai di negara ini.
“Kami mahu menjadi sebahagian daripada usaha membolehkan lebih banyak amalan kitar semula yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerjasama ini membuktikan komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar,” kata Eugene.
Tong Eco Panasonic kini boleh didapati di lapan lokasi Harvey Norman di Lembah Klang seperti di Mid Valley MegaMall, Menara Harvey Norman, IPC, Sunway Pyramid, Citta Mall, Pavillion Bukit Jalil, IOI City Mall Putrajaya dan Nu Sentral.
Lebih banyak Tong Eco akan ditempatkan di lcawangan Harvey Norman di luar Lembah Klang.
Mulai sekarang hingga 26 November 2023, bersempena dengan inisiatif ‘Energy for Green Future’, Panasonic menganjurkan Jerayawara Bateri di Harvey Norman Mid Valley di mana pelanggan boleh memperoleh lebih banyak diskaun dan hadiah apabila membawa bateri terpakai untuk dikitar semula di Tong Eco.
Selain itu, Panasonic sedang menjalankan peraduan 'Recycle, Post & Win' dan seramai tiga pemenang dengan foto paling kreatif dengan eco bin akan berpeluang memenangi Earbud tanpa wayar Panasonic bernilai RM799 dan Tanglung LED Panasonic One-2 bernilai RM59.90.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!