‘COD boleh, datang ambil sendiri pun boleh’

Hantaran di satu kumpulan di Facebook yang menawarkan khidmat penghantaran daun ketum di sekitar Lembah Klang.
Hantaran di satu kumpulan di Facebook yang menawarkan khidmat penghantaran daun ketum di sekitar Lembah Klang.
A
A
A

PENGHANTARAN ke lokasi untuk membeli daun ketum telah ditetapkan dengan berat tertentu sahaja.

Mendedahkan perkara itu, penjual yang dikenali sebagai Abdul Afiq ketika dihubungi berkata, dia membuat penghantaran di sekitar Selangor seperti Shah Alam, Klang dan Kajang.

Katanya, penghantaran daun ketum dibuat untuk berat tiga kilogram ke atas iaitu RM40 bagi satu sekilogram.

“Kalau jauh, mahal sikitlah saya caj COD (penghantaran). Kalau nak ambil sendiri pun boleh juga, datang çollect kat sini. Satu kilogram pun saya boleh jual. Daun dari Kedah, memang terbaik.

“Boleh saja datang. Jangan risau trusted punya, air pun kita jual,” ceritanya.

Antara hantaran menjual air dan daun ketum yang dimuat naik di Facebook.
Antara hantaran menjual air dan daun ketum yang dimuat naik di Facebook.

Ujar lelaki itu, air ketum juga boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak iaitu sebungkus 850 mililiter (ml) hingga 880ml.

Tambahnya, jika ambil sehingga 50 bungkus, dia meletakkan harga RM7 sahaja untuk setiap bungkusan.

Artikel Berkaitan:

“Ada budak yang ambil banyak dan jual semula dengan RM13 sebungkus. Dia orang tengah jual di kawasannya,” tambahnya.

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai aktif menjual daun ketum di Sabah turut menawarkan khidmat yang sama.

Hanya mahu dikenali sebagai Garlih, penghantaran hanya dibuat di sekitar daerah Keningau, Ranau dan Sandakan.

“Kalau daerah lain, kita akan pos dan harga dikira lain kerana kos pos itu. Cuma kita tidak buat pos ke negeri Semenanjung sebab ada pemeriksaan (penguat kuasa),” jelasnya.

Hantaran di satu kumpulan di Facebook mengenai aktiviti penjualan daun ketum.
Hantaran di satu kumpulan di Facebook mengenai aktiviti penjualan daun ketum.

Guna beg e-hailing COD air ketum

PENGEDAR air ketum didapati menggunakan beg e-hailing untuk menyerahkan barang terlarang itu kepada pembeli.

Pembelian itu dikesan sangat mudah apabila wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai pembeli hanya perlu berhubung melalui aplikasi perbualan di Facebook kepada individu yang menawarkan bekalan air mahupun daun ketum.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu juga antara pemilik akaun Facebook yang terbuka menawarkan khidmat COD air ketum di satu grup media sosial berkenaan.

Ketika ditemui, lelaki terbabit bersama seorang rakannya yang menaiki motosikal mendakwa mereka baru selesai membuat penghantaran di sekitar Klang.

“Maaf bang lewat, hujan tadi. Saya baru siap hantar area Klang,” katanya.

Paparan gambar penjualan daun ketum di sekitar daerah Muar, Johor.
Paparan gambar penjualan daun ketum di sekitar daerah Muar, Johor.

Dalam tinjauan yang berasingan, seorang penjual air dan daun ketum menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’ untuk pengedaran bahan berkenaan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an dikenali sebagai Aman itu yang ditemui mendakwa daun yang dimilikinya diperoleh dari negeri di utara tanah air.

“Daun ini semua dari utara, memang terbaik,” ujarnya.

Perbualan dengan lelaki itu berakhir selepas lima minit pertemuan.

Lelaki terbabit yang datang menaiki motosikal menyerahkan daun dan air seperti yang ditempah dengan segera bagi mengelakkan dicurigai oleh orang awam.

Lokasi pula hanya ditetapkan oleh lelaki berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!