APM kenal pasti lebih 5,000 kawasan berisiko banjir seluruh negara
Kawasan lain termasuk 260 lokasi di Kedah, Terengganu (258 lokasi), Pulau Pinang (241 lokasi), Melaka (124 lokasi), Negeri Sembilan (120 lokasi), Kuala Lumpur (73 lokasi), Perlis (22 lokasi) dan Labuan (17 lokasi).
Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan menyiapkan semua dokumen penting dan barang kecemasan seperti ubat-ubatan, lampu suluh dan pakaian lebih awal untuk dibawa sekiranya berlaku banjir atau bencana lain.
"Selain itu, tolong patuhi nasihat dan beri kerjasama kepada anggota keselamatan kerana mereka bertugas untuk menyelamatkan nyawa anda," katanya selepas Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Separa Perkhidmatan serta Sijil APM kepada 83 penerima di sini, malam tadi."Setiap ketua isi rumah dinasihatkan menyediakan beg 'Ready To Go' yang di dalamnya dah disimpan segala dokumen penting dan barang keperluan kecemasan. Jika berlaku bencana terus ambil beg tersebut untuk ke tempat lebih selamat.
Dalam pada itu, beliau berkata, APM juga telah mengadakan sebanyak 6,266 siri latihan kecemasan dan persediaan banjir kepada orang awam tahun ini. Menurutnya, ia melibatkan 350,474 individu terdiri daripada pemimpin masyarakat, penduduk kampung, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah yang dijalankan secara berperingkat.
"Dengan adanya latihan dan pendedahan sedemikian, kami harap mereka boleh memberi respons awal sementara menunggu anggota penyelamat datang membantu mereka. "Respons awal ini amat penting supaya mereka tidak panik, dapat mengawal situasi dan memudahkan kerja menyelamat oleh anggota keselamatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!