Dua kanak-kanak 12 tahun didakwa bunuh remaja 19 tahun di England

Lokasi Shawn Seesahai (gambar kecil) meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di Wolverhampton pada Isnin. - Foto: Polis West Midlands
Lokasi Shawn Seesahai (gambar kecil) meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di Wolverhampton pada Isnin. - Foto: Polis West Midlands
A
A
A

MIDLANDS - DUA kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun didakwa atas pembunuhan seorang remaja dikenali sebagai Shawn Seesahai di Wolverhampton, England.

Menurut Polis Britain pada Khamis, kedua-dua kanak-kanak itu juga didakwa kerana memiliki senjata pisau dan direman dalam tahanan.

"Dua kanak-kanak itu direman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Birmingham pada Jumaat," kata Polis West Midlands.

Pada Isnin lalu, Seesahai yang berusia 19 tahun meninggal dunia selepas ditikam berhampiran jalan di selatan Wolverhampton, yang terletak di barat laut Birmingham.

Dua kanak-kanak lelaki itu ditangkap pada Rabu kerana disyaki membunuh.

Polis dalam kenyataannya bagaimanapun tidak menyebut apa-apa tentang kemungkinan motif tikaman.

"Rondaan polis diteruskan di East Park untuk menawarkan jaminan keselamatan kepada orang ramai dan fikiran kami tetap bersama keluarga dan rakan Shawn," tambahnya. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!