Cubaan seludup dadah ke Australia tumpas

Pun Sian (tengah) menunjukkan kotak kecil berisi dadah yang dirampas kastam di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan pada 6 November lalu..
Pun Sian (tengah) menunjukkan kotak kecil berisi dadah yang dirampas kastam di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan pada 6 November lalu..
A
A
A

NILAI - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) merampas dadah jenis heroin bernilai lebih RM80,000 yang dipercayai untuk diseludup ke Australia di sebuah premis di sini, 6 November lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit III, Wong Pun Sian berkata, rampasan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit lll bersama pasukan Tempur Operasi Medan (Cobra) kira-kira jam 1 petang.

Menurutnya, pemeriksaan rapi menemui 59 peket plastik lut sinar mengandungi serbuk putih disyaki heroin seberat 1.013 kilogram yang disorokkan di dalam 'marking label' dan 'laminate' serta diletakkan dalam kotak.

"Rampasan dianggarkan berjumlah RM86,800.67 itu dipercayai untuk dihantar ke Australia.

"Dadah itu dipercayai telah dihantar ke premis di Nilai untuk proses pembungkusan sebelum dibawa ke Pelabuhan Klang untuk dieksport," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan cara menyembunyikan dadah di dalam peket plastik dan disorokkan di dalam 'marking label' bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Pun Sian (kiri) menunjukkan kotak kecil berisi dadah yang dirampas kastam.
Pun Sian (kiri) menunjukkan kotak kecil berisi dadah yang dirampas kastam.

Tegasnya, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat untuk disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Justeru, JKDM menggesa orang ramai membantu memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

"Salurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

"Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!