Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023 tawar ganjaran RM450,000

Mustapa, Malaysian Press Institute (MPI).
Mustapa, Malaysian Press Institute (MPI).
A
A
A

SHAH ALAM - Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 bakal menawarkan ganjaran sebanyak RM450,000 dengan tambahan enam kategori baharu dalam anugerah berprestij itu.

Antaranya Kewartawanan Alam Sekitar; Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Terbaik; Bicarawara Video Terbaik; Bicarawara Radio Terbaik; Dokumentari Video Terbaik; Lintas Langsung Berita Video Terbaik dan Lintas Langsung Berita Radio Terbaik menjadikan 23 kategori dipertandingkan secara keseluruhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar berkata, mulai tahun ini, pihaknya dengan persetujuan wakil organisasi media bersetuju membuka penyertaan HKM kepada wartawan sambilan yang berdaftar dengan organisasi media tempatan dan memenuhi syarat penyertaan.

"Petronas juga bersetuju untuk memperbaharui kontrak penajaan HKM selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 dengan RM450,000 setahun berbanding RM300,000 sebelumnya.

“Penyertaan dibuka mulai 20 November 2023 dan tarikh akhir pada 15 Januari 2024,” ujarnya pada Jumaat.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang sentiasa komited meraikan kepelbagaian karya terbaik kewartawanan dengan terus menaja anugerah tersebut sejak 1994.

Untuk keterangan lanjut mengenai HKM, sila layari laman sesawang www.mpi.my atau hubungi Sekretariat HKM di talian 03 -8689 2717.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!