Azim ungguli Peringkat Kedua Jelajah Negeri Sembilan

Azim (tujuh dari kiri) pemenang Peringkat Kedua Jelajah Negeri Sembilan 2023, dari Bandar Baru Nilai ke Tampin pada Jumaat.
Azim (tujuh dari kiri) pemenang Peringkat Kedua Jelajah Negeri Sembilan 2023, dari Bandar Baru Nilai ke Tampin pada Jumaat.
A
A
A

PELUMBA NS Black Panther dari Negeri Sembilan, Abdul Azim Aliyas berjaya merampas posisi keseluruhan perlumbaan Peringkat Kedua Kejohanan Jelajah Negeri Sembilan 2023, dari Bandar Baru Nilai ke Tampin dengan jarak sejauh 121.5 kilometer pada Jumaat.

Pemenang Jersi Kuning itu mencatat masa 2 jam 48 minit dan 39 saat dan diberikan saingan hebat oleh Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri dari Buceros Cycling Team (BUC) yang menduduki tempat kedua dengan catatan masa 2:48.39s.

Tempat ketiga keseluruhan pula milik Akmal Hakim Zakaria dari Malaysia Pro Cycling (MPC) selepas merekodkan 2:48.51s.

Selain itu, Abdul Azim turut merangkul Jersi Hijau (Raja Pecut) selepas dia memperoleh 25 mata diikuti Muhammad Nur Aiman Rosli dari BUC, yang meraih 22 mata, manakala Zuladri Amin Zulkurnain dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tempat ketiga dengan 22 mata.

Abdul Azim (lima dari kiri) turut merangkul jersi hijau pada hari kedua perlumbaan.
Abdul Azim (lima dari kiri) turut merangkul jersi hijau pada hari kedua perlumbaan.

Sementara itu, pelumba ATM, Muhammad Zawawi Azman mengekalkan posisi Jersi Merah (Raja Bukit) yang dimenanginya pada hari pertama perlumbaan.

Ia selepas memperoleh 12 mata manakala pelumba dari Terengganu Polygon Cycling Akademy (TPA), Muhammad Qaiyyim Mohd Saipul Anuwai (6 mata) di tempat kedua dan Muhammad Shaiful Adlan (BUC) di tempat ketiga (5 mata).

Jersi Putih (Kategori Bawah 23 Tahun) juga menjadi milik Abdul Azim selepas mengumpul catatan 5:05.54s meninggalkan pemenang peringkat pertama semalam, Zhe Yie Kee dari Terengganu (5:06.06s) di tempat kedua diikuti tempat ketiga milik, Mior Muhammad Hazwan Hamzah dari BUC dengan catatan masa terkumpul 5:06.20s.

Artikel Berkaitan:

Hadiah kepada pemenang disampaikan masing-masing Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; Ahli Parlimen Tampin, Mohd Isam Mohd Isa dan Presiden PBNS merangkap Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!