Solskjaer waspada ancaman The Magpies

Solskjaer
Solskjaer
A
A
A

PARA pemain Manchester United dituntut lebih berwaspada menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United di Stadium Old Trafford, awal pagi Jumaat ini.

Pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer berkata, skuad kendalian Steve Bruce akan tetap menghadirkan ancaman kepada para pemain muda tuan rumah walaupun tiga dari lima pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berpihak kepada Manchester United.

Menurutnya, prestasi The Magpies sukar dijangka berdasarkan kepada beberapa persembahan mereka kebelakangan ini pada saingan liga.

"Saya akui sukar untuk melihat prestasi sebenar mereka pada tahap ini. Tapi saya yakin para pemain Manchester United akan memberi respon positif selepas beberapa keputusan mengecewakan sebelum ini.

"Biarpun tahap konsisten kami belum berada pada tahap yang dikehendaki, namun pada satu sudut positif situasi tidak seperti musim lalu. Jadi saya berkeyakinan akan ada respon positif dalam kalangan para pemain Manchester United," katanya.

The Red Devils akan melayan kunjungan The Magpies di laman sendiri dengan misi mengubati kekecewaan tumpas 0-2 kepada kelab tercorot Watford di Vicarage Road baru-baru ini.

Untuk rekod rekod, kunjungan terakhir The Toon Army ke bumi Old Trafford pada Oktober 2018 menyaksikan pelawat mendahului dua gol awal sebelum tiga gol The Red Devils selepas itu menyaksikan The Magpies berputih mata 3-2.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!