Giliran Snow jadi perhatian

Rachel Zegler berjaya menyerlah sebagai Lucy.
Rachel Zegler berjaya menyerlah sebagai Lucy.
A
A
A

SELEPAS lapan tahun dari tayangan filem terakhir siri The Hunger Games iaitu Mockingjay – Part 2, produksi antarabangsa, Lionsgate Films dan Color Force kembali dengan buah tangan terbaharu menerusi The Hunger Games: The Ballad Songbirds and Snakes.

Sama seperti empat siri filem terdahulu, naskhah ini diadaptasi daripada novel tulisan Suzanne Collins. Cuma bezanya, ia tidak lagi mengisahkan wanita berani bersama Katniss Everdeen, sebaliknya The Hunger Games: The Ballad Songbirds and Snakes membawa penonton kembali ke Panem, 64 tahun lalu.

Filem kali ini dibintangi Tom Blyth, Rachel Zegler, Hunter Schafer, Josh Andrés Rivera, Peter Dinklage, Jason Schwartzman, Viola Davis dan masih mengekalkan Francis Lawrence sebagai pengarah naskhah itu.

Dalam prekuel ini, penonton dihidangkan kisah Coriolanus Snow (Blyth) ketika zaman remajanya. Snow disifatkan seorang bercita-cita tinggi dan bersungguh untuk mengembalikan status keluarganya yang telah jatuh selepas peperangan di Panem.

Kehidupan sukar pada waktu itu membuatkan Snow nekad memburu anugerah Plinth bagi membawa keluar keluarganya daripada kesusahan. Namun lain pula yang terjadi apabila berlaku perubahan pada anugerah tersebut dan kini dikenali sebagai Hunger Games ke-10.

Snow yang terlibat secara langsung sebagai mentor Lucy Gray Baird (Zegler) dan dek sama-sama terdesak dengan tekanan hidup, Snow dan Lucy bekerjasama untuk memenangi permainan itu walaupun terpaksa menggunakan tipu muslihat.


Snow terpaksa akur apabila diminta menjadi mentor Lucy dari District 12.
Snow terpaksa akur apabila diminta menjadi mentor Lucy dari District 12.

Sejujurnya, penulis amat menggemari empat siri The Hunger Games sebelum ini dan kemunculan The Hunger Games: The Ballad Songbirds and Snakes sememangnya dinanti-nantikan.

Artikel Berkaitan:

Cuma berbeza daripada empat siri terdahulu, filem kelima ini lebih memberi fokus terhadap perjalanan Snow, bermula penglibatannya dalam Hunger Games sehinggalah dia kembali ke Capitol dan seterusnya dikenali sebagai Presiden Panem.

Masih ada beberapa babak kejam dan bagaimanapun Snow berusaha untuk terus hidup dan memenangi pertandingan itu, tetapi tidak dipaparkan secara 'intense' seperti The Hunger Game sebelum ini.

Bagi penulis dari sudut lakonan, simenatografi, sehinggalah kepada pakaian pelakon, masih hebat dan mengagumkan.

No Image Caption

Blyth cukup menyerlah sebagai Snow dan penonton pasti akan terbayang Presiden Snow dalam empat filem sebelum ini yang seolah-olah tidak mempunyai perasana. Zegler pula bagi anda yang pernah menonton filem terdahulu lakonannya, pasti tahu kelunakan suaranya.

Gabungan kedua-dua pelakon ini memang menjadi dan membawa kelainan buat penonton.

Cuma satu kekurangan dalam filem ini adalah cara garapan sama Lawrence dalam mengembangkan setiap watak dan susunan jalan cerita yang ada ketikanya perlahan serta mendatar.

Terdesak untuk menang, Snow dan Lucy bekerjasama dengan pelbagai muslihat.
Terdesak untuk menang, Snow dan Lucy bekerjasama dengan pelbagai muslihat.

Bahkan penulis tidak faham mengapa masih perlu untuk menyelitkan nama Katniss, walhal dia wujud 64 tahun selepas itu. Rasanya, tanpa nama Katniss Everdeen, penonton masih tahu itu adalah filem The Hunger Games.

Bagaimanapun secara keseluruhannya The Hunger Games: The Ballad Songbirds and Snakes masih sebuah naskhah yang menarik untuk ditonton, terutamanya bagi peminat setia siri ini.

The Hunger Games: The Ballad Songbirds and Snakes

PENGARAH: Francis Lawrence

PELAKON: Tom Blyth, Rachel Zegler, Hunter Schafer, Jason Schwartzman, Peter Dinklage, Josh Andrés Rivera, Viola Davis

GENRE: Aksi / Sains Fiksyen

DURASI: 2 Jam 37 Minit

KLASIFIKASI: 13

BAHASA: Inggeris

TAYANGAN: 16 Nov 2023

BINTANG: 4/5

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!