‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok

Dalam perkembangan terbaru, TikTok menarik semula video tular yang mengandungi kandungan 'Surat kepada Amerika’ yang pernah ditulis Osama bin Laden itu.
Dalam perkembangan terbaru, TikTok menarik semula video tular yang mengandungi kandungan 'Surat kepada Amerika’ yang pernah ditulis Osama bin Laden itu.
A
A
A

'SURAT kepada Amerika’ yang pernah ditulis oleh bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden tular di Tiktok.

Surat itu ditulis setahun selepas serangan 11 September 2001 di mana lebih 3,000 orang terbunuh.

Intipati surat itu ditularkan dalam satu video di aplikasi TikTok dengan lebih daripada 900,000 tontonan setakat ini.

Surat tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat global di media sosial yang menyifatkan peranan Amerika sebagai ‘hero’ dalam konflik Asia Barat adalah satu pembohongan.

Surat yang berusia 21 tahun itu turut mempersoalkan tindakan Amerika menentang al-Qaeda.

“Mengapa kami melawan dan menentang kamu?" dan "Apa yang kami seru kamu untuk lakukan, dan apa yang kami mahu daripada kamu?” tulisnya.

Surat Osama itu juga mengkritik sokongan AS terhadap Israel dan menuduh AS membantu penindasan rakyat Palestin sambil mengkritik campur tangan AS di Afghanistan, Iraq, Somalia dan Lubnan.

Selain itu, surat itu juga mendakwa AS sebagai entiti hipokrit kerana membenarkan Israel menduduki wilayah Palestin selama beberapa dekad tanpa menghiraukan undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Ia juga mendakwa AS melanggar undang-undangnya sendiri dengan memenjarakan individu di Teluk Guantanamo tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Dalam perkembangan terbaru, TikTok telah menarik semula video tular yang mengandungi kandungan surat itu.

Jurucakap TikTok, Ben Rathe menerusi ciapan di platform X berkata, video yang memaparkan surat Osama itu melanggar garis panduan pihaknya.

"Kandungan yang mempromosikan surat ini jelas melanggar peraturan kami untuk menyokong sebarang bentuk keganasan.

“Kami secara proaktif dan agresif memadam kandungan ini dan menyiasat bagaimana ia masuk ke platform kami,” tambahnya.

Syarikat itu juga mengatakan bahawa kandungan itu tidak menampakkan trend yang meluas dan menafikan penularan kandungan tersebut menerusi #lettertoamerica yang mempunyai lebih 14 juta tontonan pada Khamis. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!