Gitar penyanyi Nirvana, Kurt Cobain cecah AS$1.5 juta dalam lelongan

Gitar elektrik ikonik Fender Mustang "Skystang I" yang dimainkan mendiang Cobain semasa jelajah terakhirnya dari 1993 hingga 1994 dijual pada harga lebih AS$1.58 juta dalam satu lelongan di Nashville, Tennessee. - Foto: Agensi
Gitar elektrik ikonik Fender Mustang "Skystang I" yang dimainkan mendiang Cobain semasa jelajah terakhirnya dari 1993 hingga 1994 dijual pada harga lebih AS$1.58 juta dalam satu lelongan di Nashville, Tennessee. - Foto: Agensi
A
A
A

SEBUAH gitar milik penyanyi utama kumpulan Nirvana, Kurt Cobain mengutip lebih AS$1.5 juta dalam lelongan di Amerika Syarikat pada Jumaat, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Gitar elektrik ikonik Fender Mustang "Skystang I" berwarna biru yang dimainkan mendiang Cobain semasa jelajah terakhirnya dari 1993 hingga 1994, dijual pada harga lebih AS$1.58 juta dalam satu lelongan di Nashville, Tennessee.

Sepasang jeans koyak yang dipakai Cobain dalam video muzik untuk lagu Heart-Shaped Box dan semasa Anugerah Muzik Video MTV, antara lain, dijual pada harga lebih daripada AS$400,000. Harga seluar itu ditetapkan antara AS$10,000 dan AS$20,000.

Lelongan itu adalah sebahagian daripada lelongan bertema "Played, Worn and Torn: Rock N' Roll Iconic Guitars and Memorabilia" selama tiga hari, dengan lebih 1,000 barangan milik pemuzik hebat seperti Cobain, Eric Clapton, Elvis Presley, Prince, The Beatles dan Frank Zappa, ditawarkan sehingga petang Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!