Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'

Che'gu Bard
Che'gu Bard
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.

Beliau turut menegaskan akan mengemukakan saman, jika mendakwa beliau adalah individu bertanggungjawab menyebarkan rakaman video terbabit.

Chegu Bard berkata, penjelasan Datuk Dr Muhammad Agus Yusoff berhubung rakaman video berunsur lucah membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu dan seorang lelaki pada Jumaat disifatkan sangat mengelirukan.

“Nampaknya masalah lebih rumit. Adakah ini mengesahkan masalah Agus dengan beberapa individu dalam Pejabat Perdana Menteri itu benar?.

"Siapa pula 'Mr H'? Adakah ia orang dibawah pengaruh pejabat Perdana Menteri (PM) ingin singkir Agus?, soalnya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Che'gu Bard turut menasihatkan Muhammad Agus supaya berhenti 'melondehkan' lebih banyak maklumat berhubung rakaman berdurasi lebih tiga minit yang dimuat naik di laman sosialnya, kelmarin.

Beliau berkata, Muhammad Agus bukan sahaja menampilkan Abdul Wahab, malah mengesahkan video berkenaan benar.

"Wahab mengaku rakam, cuma tanpa audio. Rakaman video call (panggilan video) tanpa audio, lucu juga alasannya. Wahab mengaku dia diupah 'Mr H', yang juga kakitangan J-KOM.

"Wahab mengaku video ini benar tetapi mengatakan ia sudah dikerat (dipotong). Video asal yang panjang kita harap Wahab berani keluarkan. Siapa 'Mr H'?

"Jika wujud dan benar 'Mr H' lakukan jenayah? Berapa dia (Mr H) upah Wahab untuk rakam dan berapa pula Muhammad Agus upah Wahab untuk mengaku?" katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengulas sidang media Muhammad Agus dan Abdul Wahab yang juga penolong pegawai J-KOM susulan panggilan video berunsur lucah didakwa mengaitkan mereka yang tular di media sosial.

Rakaman itu didakwa palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab, dikatakan bertujuan menjatuhkan reputasi Mohammad Agus.

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani (kanan) sewaktu mengadakan sidang media khas di Bangi malam Sabtu. - Foto Bernama
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani (kanan) sewaktu mengadakan sidang media khas di Bangi malam Sabtu. - Foto Bernama

Abdul Wahab dipetik mengakui merakamnya, namun isi perbualan bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial, selain mendakwa rakaman video berunsur lucah terbabit adalah konspirasi Mr H yang identitinya tidak didedahkan.

Sementara itu, Che'gu Bard mengakui memuat naik rakaman terbabit di platform media sosialnya selepas mendakwa klip video berkenaan sudah pun tersebar, bertujuan mendapatkan maklum balas berhubung ketulenannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!