Ibu tunggal atasi depresi demi PhD

Adila gembira meraikan majlis konvokesyennya bersama kedua-dua anaknya pada Sabtu.
Adila gembira meraikan majlis konvokesyennya bersama kedua-dua anaknya pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Biarpun masih dalam proses rawatan akibat mengalami masalah kemurungan (depression), namun seorang ibu tunggal merupakan antara graduan paling gembira sempena Majlis Konvokesyen ke-67, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bagi Sesi 1, pada Sabtu.

Menurut Adila Zakaria, 38 yang juga merupakan pensyarah bagi jurusan seni bina di UTM Johor Bahru, dia juga sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) setelah mengharungi pelbagai kepayahan.

“Saya mula register (daftar) PhD pada Julai 2019, tapi selepas empat hari ayah meninggal dunia kerana serangan jantung jadi saya terpaksa tangguh pengajian.

“Masa tu juga, saya hamil anak kedua dan selepas bersalin saya ikut suami ke UK (United Kingdom) pada tahun 2019. Masa itu satu dunia dilanda Covid-19 dan kajian tesis saya hanya dibuat menerusi zoom dengan supervisor (penyelia) saya.

“Bila ada kelonggaran saya pulang ke tanah air. Pada Disember 2021, saya mendapat bantuan daripada ramai pihak macam pensyarah, supervisor dan masa itu juga saya diuji dengan masalah rumahtangga, berpisah,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Tambah Adila, hingga kini dia masih dalam kawalan ubat (medication) dan ‘berperang’ dengan masalahnya sendiri akibat melalui tempoh ‘kritikal’ tersebut.

“Officially (secara rasmi), 2023...baru lima bulan tempoh kritikal tu, tapi masa itulah tengah buat tesis dan sebagainya hingga pelajaran saya sedikit terjejas kerana sering ‘berendam air mata.’

“Mujurlah, anak yang sulung (sembilan tahun) faham keadaan ibunya ini dan akhirnya saya berjaya selesaikan kajian tesis dalam tempoh tiga tahun yang sangat-sangat mencabar.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada panel yang supportive selain kawan, keluarga yang sentiasa memberikan kepada saya selama ini sehingga berjaya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!