Hospital Al-Shifa kini jadi pangkalan tentera Israel - Menteri Kesihatan Palestin

Kompleks kesihatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa telah diarahkan untuk dikosongkan oleh tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
Kompleks kesihatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa telah diarahkan untuk dikosongkan oleh tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
A
A
A

GAZA - Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kailaberkata, kompleks kesihatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa telah diarahkan untuk dikosongkan oleh tentera rejim zionis Israel.

Arahan pengosongan tersebut, tegas beliau, telah memaksa sejumlah 126 pesakit melibatkan 34 bayi yang baru lahir termasuk kakitangan perubatan hospital itu untuk berpindah secara dipaksa.

Katanya lagi, hospital itu kini menjadi pangkalan tentera Israel dan mereka yang berlindung di situ diusir dengan ancaman senjata.

“Pencerobohan Israel pada pagi ini, telah menuntut pemindahan pesakit, yang cedera dan kakitangan perubatan, serta mereka yang mencari perlindungan di hospital, dalam masa satu jam, bermakna, dalam masa satu jam mereka harus berpindah, untuk menghadapi nasib yang tidak diketahui.

“Mereka diusir dengan ancaman senjata, dan yang tinggal hanyalah 126 pesakit, lima doktor, dan 34 bayi pramatang kekal di wad hospital yang berbeza,” katanya dalam sidang media.

Israel telah menjadikan Hospital Al Shifa sebagai sasaran utama kemaraan operasi daratnya, dengan tenteranya mengatakan bahawa hospital itu terletak di atas kubu bawah tanah milik kumpulan pejuang Hamas.

Bagaimanapun, Hamas dan kakitangan hospital menafikan perkara itu dan berkata penemuan Israel di sana setakat ini tidak membuktikan perkara tersebut. - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!