'Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ

Reaksi Tunku Ismail di laman Instagram ekorharimaumalaya.
Reaksi Tunku Ismail di laman Instagram ekorharimaumalaya.
A
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas segelintir penyokong yang mempersoal prestasi beberapa pemain Harimau Malaya ketika menentang Kyrgyzstan, Khamis lalu.

Mereka bertindak mengkritik dan membuat perbandingan persembahan beberapa pemain dalam aksi sulung Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap semua pihak khususnya penyokong sepatutnya bersyukur Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan.

Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, penyokong Harimau Malaya juga tidak seharusnya menjatuhkan semangat pemain yang sudah memberikan segala-galanya dalam aksi penuh dramatik itu.

"Sudah menang syukur sahajalah. Lagi nak bising-bising menuding jari sini sana menjatuhkan semangat pemain negara sendiri. Semua pemain sudah beri segalanya, result (keputusan) pun Alhamdulillah.

"Awak nak jadi coach ini kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Support saja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik," kata Tunku Ismail di laman Instagram ekorharimaumalaya pada Sabtu.

Dalam pertemuan menentang Kyrgyzstan, Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan luar biasa sebelum berjaya melakar kemenangan 4-3 di hadapan hampir 18,000 penyokong sendiri.

Pagi tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon itu berlepas ke Taipei City untuk berdepan pasukan ranking ke-152 dunia, Taiwan di Stadium Municipal dalam aksi kedua pada Selasa ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!