'Hiking' bawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti


Peserta mendaki Bukit Melati sambil membawa bendera Palestin.
Peserta mendaki Bukit Melati sambil membawa bendera Palestin.
A
A
A

NILAI - Pelbagai cara ditunjukkan masyarakat untuk menyatakan solidariti kepada Palestin dan ia termasuk melalui aktiviti mendaki yang dianjurkan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru).

Seramai 50 peserta berusia seawal 10 tahun hingga 60 tahun mendaki Bukit Melati di sini sambil membawa bendera Palestin, pada Sabtu.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, program berkenaan dianjurkan bagi menunjukkan tanda kebersamaan dan mengajak warga pendidik untuk terus memberikan sokongan kepada perjuangan pembebasan Palestin.

"Ini merupakan salah satu program solidariti iGuru yang dijalankan di seluruh negara selain aktiviti berbentuk ceramah, kempen petisyen dan kutipan tabung Palestin.


Langkah mengibarkan bendera sepanjang aktiviti pendakian tersebut adalah simbolik kepada kemerdekaan dan pembebasan Palestin serta kemenangan untuk para pejuang Palestin.
Langkah mengibarkan bendera sepanjang aktiviti pendakian tersebut adalah simbolik kepada kemerdekaan dan pembebasan Palestin serta kemenangan untuk para pejuang Palestin.

"Bagi saya, program solidariti palestin ini wajar diteruskan dengan pelbagai bentuk aktiviti bagi menunjukkan warga Malaysia tidak lupa akan apa yang sedang berlaku di sana(Palestin)," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, langkah mengibarkan bendera sepanjang aktiviti pendakian tersebut adalah simbolik kepada kemerdekaan dan pembebasan Palestin serta kemenangan untuk para pejuang Palestin.

Tambahnya, kibaran bendera juga bermakna kebersamaan rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa saudara- saudara di sana dan dunia perlu menamatkan kekejaman ini.

Artikel Berkaitan:

"Generasi muda dan warga guru diajak untuk menghargai nikmat keamanan negara dan bersama- sama menolak segala bentuk unsur kekerasan dan kezaliman.


Program dianjurkan bagi menunjukkan tanda kebersamaan dan mengajak warga pendidik untuk terus memberikan sokongan kepada perjuangan pembebasan Palestin.
Program dianjurkan bagi menunjukkan tanda kebersamaan dan mengajak warga pendidik untuk terus memberikan sokongan kepada perjuangan pembebasan Palestin.

"Pada masa sama kita juga menuntut pendirian tegas dunia Islam untuk mengutuk tindakan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Zionis serta usaha serius untuk memperjuangkan pembebasan Palestin sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, iGuru telah menyumbang RM25,000 kepada pihak yang menjaga kepentingan Palestin sebagai tanda solidariti warga guru terhadap rakyat negara itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!