UniSZA siap siaga hadapi banjir di kampus

Pihak UniSZA bersiap sedia dengan sediakan bot untuk persiapan banjir.
Pihak UniSZA bersiap sedia dengan sediakan bot untuk persiapan banjir.
A
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menggerakkan Jawatankuasa Task Force Banjir untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di dalam kampus mahupun luar kampus sekiranya terjejas dengan bencana tersebut.

Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Profesor Ts Dr Shukor Abd Razak berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir susulan musim tengkujuh yang mula melanda ketika ini.

“UniSZA akan bertindak pantas membantu memindahkan pelajar yang terlibat banjir ke asrama yang telah disediakan di kampus Gong Badak dekat sini selain kampus di Tembila, Besut bermula hari ini.

“Kita juga telah bersedia dari segi logistik seperti lori, bot dan kenderaan berat serta bekalan makanan yang cukup sekiranya berlaku bencana banjir," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Antara persiapan dilakukan UniSZA untuk menghadapi banjir.
Antara persiapan dilakukan UniSZA untuk menghadapi banjir.

Mengulas lanjut, Shukor berkata, setakat ini tiada lagi laporan banjir daripada pelajar diterima selain keadaan di kedua-dua kampus tersebut masih berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, pihak UniSZA telah membuat hebahan kepada semua pelajar di dalam serta luar kampus untuk melaporkan dan memberi maklumat segera sekiranya berhadapan dengan situasi banjir.

“UniSZA juga sentiasa memantau perkembangan banjir di sekitar kawasan kampus kerana masih ramai pelajar yang menyewa di luar dan kita bimbang mereka terjejas bencana itu,” ulasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Shukor menyatakan antara kawasan yang selalu terlibat ialah Taman Murni Permai Tok Jembal, Taman Tanjung Permata dan beberapa taman perumahan di sekitar kawasan berkenaan.

UniSZA akan bertindak pantas membantu memindahkan pelajar yang terlibat banjir ke asrama yang telah disediakan di kampus Gong Badak.
UniSZA akan bertindak pantas membantu memindahkan pelajar yang terlibat banjir ke asrama yang telah disediakan di kampus Gong Badak.

Tambahnya, UniSZA akan bergerak secara proaktif dalam menyampaikan bantuan berupa makanan kepada warga UniSZA yang telah terjejas akibat banjir.

“Selain bantuan makanan kering diberikan kepada pelajar, sukarelawan dan petugas jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada staf dan pelajar juga akan berganding bahu memasak nasi dan lauk untuk diagihkan kepada semua pelajar sekiranya menjadi mangsa banjir di dua kampus itu,” jelas beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!