Apa kurangnya kerja di Malaysia?

Kerajaan perlu mencipta peluang kerjaya supaya graduan tidak hanya mencari jalan mudah dengan berpindah ke luar negara. - Gambar hiasan
Kerajaan perlu mencipta peluang kerjaya supaya graduan tidak hanya mencari jalan mudah dengan berpindah ke luar negara. - Gambar hiasan
A
A
A

DALAM tinjauan yang dilakukan terhadap graduan Malaysia oleh Malaysia 100 Leading Graduate Employers Survey tahun ini, dapatan yang diperoleh menyatakan sebanyak 56 peratus daripada 37,380 responden memilih untuk bekerja di luar negara selepas tamat pengajian.

Antara faktor yang membuatkan para graduan ini memilih pekerjaan di luar negara, sebanyak 81 peratus berkata peluang pembangunan kerjaya di luar negara lebih baik selain gaji dan imbuhan sebagai faktor kedua paling penting.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Urusan di GTI Media Malaysia, Isaac Hee berkata, dapatan yang dilakukan terhadap graduan daripada 175 universiti awam, swasta dan luar negara, menunjukkan fenomena brain drain atau penghijrahan individu berkemahiran tinggi yang berterusan dalam kalangan graduan tempatan daripada pekerjaan Malaysia.

Jika dilihat hasil daripada dapatan ini, dua faktor utama harus diambil kira iaitu yang pertama, pembangunan kerjaya dan kedua gaji serta imbuhan.

Persoalan pertama bermakna graduan tidak yakin dengan masa depan kerjaya di negara sendiri sedangkan seharusnya merekalah yang perlu membantu membangunkan negara dengan kemahiran tinggi yang mereka pelajari.

Untuk itu, kerajaan perlu mencipta peluang-peluang kerjaya supaya graduan tidak hanya mencari jalan mudah dengan berpindah ke luar negara.

Ilmu yang mereka perolehi seharusnya dapat dikembangkan dan menyumbang semula kepada kemajuan negara.

Bayangkan jika ramai graduan terbaik ke luar negara, siapa yang akan meneruskan legasi negara? Akibat yang ditanggung negara terpaksa mengambil ramai pekerja luar dan seterusnya membantutkan pembangunan.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana untuk mendapatkan tenaga pakar bukan proses mudah. Banyak saringan dan prosedur yang perlu diambil kira.

Justeru secara tidak langsung akan memperlahankan proses pembangunan negara.

Perkara kedua adalah faktor gaji dan imbuhan. Bekerja di Singapura adalah contoh paling mudah kerana nilai tukaran wang yang lebih tinggi.

Namun, percayalah jika gaji dan imbuhan yang diberikan setimpal dengan kos sara hidup masa kini, graduan kekal akan berkhidmat di negara sendiri.

Bak kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri dan akhirnya kita akan memilih hujan batu itu kerana sayangnya pada agama, nusa dan bangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!