Houthi Yaman rampas kapal kargo Israel
LAUT MERAH - Tentera Houthi Yaman telah merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah pada Ahad.
Perkara itu disahkan oleh Israel yang mendakwa insiden itu sebagai keganasan Iran.
Menurut jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, mereka melayani anak kapal mengikut prinsip dan nilai Islam.
"Pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman, dengan pertolongan Allah Yang Maha Kuasa, melakukan operasi ketenteraan di Laut Merah, mengakibatkan rampasan sebuah kapal Israel dan mengiringinya ke pantai Yaman.
"Angkatan Tentera Yaman berurusan dengan anak kapal sesuai dengan ajaran dan nilai agama Islam kita," katanya.
Minggu lalu, pemimpin Houthi berkata, tenteranya akan melakukan serangan serta menyasarkan kapal-kapal Israel di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandeb.
Sebelum ini, Israel berkata, kumpulan bersekutu Iran itu merampas sebuah kapal di Laut Merah tanpa anak kapal didalamnya.
Sejak perang Palestin-Israel berlaku, Houthi telah melancarkan peluru berpandu jarak jauh dan dron ke Israel sebagai solidariti terhadap penduduk Gaza. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!