X haramkan slogan pro-Palestin

X akan menggantung akaun milik individu yang mempromosikan slogan 'dari sungai ke laut, Palestin akan bebas' di X. - Agensi
X akan menggantung akaun milik individu yang mempromosikan slogan 'dari sungai ke laut, Palestin akan bebas' di X. - Agensi
A
A
A

SAN FRANCISCO - Pemilik X, Elon Musk mengharamkan slogan 'dari sungai ke laut, Palestin akan bebas' dan beberapa istilah yang dikaitkan dengan perang Israel ke atas Genting Gaza termasuk 'penjajahan'.

Menurut Musk, pengguna yang melanggar peraturan itu menyaksikan akaun mereka digantung serta-merat daripada platform tersebut.

Musk mendakwa, slogan dan istilah berkenaan umpama menyokong pembunuhan beramai-ramai.

Sejak sebulan lalu, penduduk dunia melaungkan slogan 'dari sungai ke laut, Palestin akan bebas' bagi menzahirkan kebebasan untuk tanah Palestin dan rakyatnya.

Namun bagi Israel, slogan tersebut disifatkan sebagai ‘panggilan untuk melakukan keganasan’ selain melabelkannya sebagai anti-Semitik atau jenayah kebencian terhadap orang Yahudi.

Aktivis pro-Palestin mengkritik tindakan Musk dan menuduhnya mengehadkan kebebasan bersuara.

Minggu lalu, Jurucakap Rumah Putih, Andrew Bates, mendakwa Musk mempromosikan kebencian anti-Semitik dan perkauman yang bertentangan dengan nilai teras rakyat Amerika Syarikat (AS).

Tuduhan itu mendorong syarikat utama AS yang pro-Israel termasuk Walt Disney Co, Warner Bros Discovery dan syarikat induk NBCUniversal, Comcast menghentikan iklan mereka di X.

Artikel Berkaitan:

Musk memutuskan untuk mengubah peraturan kandungan sejak membeli X yang dahulunya dipanggil Twitter pada Oktober 2022.

Langkah itu tidak disenangi beberapa pihak termasuk Penguatkuasa teknologi tertinggi Kesatuan Eropah (EU) yang memberi amaran kepada Musk supaya X perlu menyederhanakan kandungan maklumatnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!