Ramai merungut tak terima baucar Jom Shopping Deepavali
20 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 20 NOVEMBER 2023
Kerajaan negeri Selangor digesa mengagihkan baucar Jom Shopping Deepavali secara adil kepada kaum India yang memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, terdapat banyak rungutan diterima beliau daripada kaum itu yang tidak menerima bantuan berkenaan.
Menurutnya, pemberian baucar itu hendaklah diberikan secara telus dan tidak mengetepikan rakyat di DUN yang dimenangi pembangkang.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sumbangan Deepavali di Pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Permatang, Kuala Selangor pada Sabtu.
Sehubungan itu, katanya, insentif berkebajikan ini seharusnya bergerak kepada digitalisasi bagi membolehkan pengagihannya terus kepada penerima yang layak.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635177/Ramai-merungut-tak-terima-baucar-Jom-Shopping-Deepavali---ADUN-Permatang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini