'Masuk, kita tangkap'- PDRM

Portal media Indonesia melaporkan beratus warga Rohingya tiba di pantai Ulee Madon, Muara Batu, Aceh Utara menggunakan sebuah kapal kayu. Gambar kecil: Hazani
Portal media Indonesia melaporkan beratus warga Rohingya tiba di pantai Ulee Madon, Muara Batu, Aceh Utara menggunakan sebuah kapal kayu. Gambar kecil: Hazani
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana cubaan menerobos masuk ke negara ini secara haram.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak sedemikian.

"Sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini secara tidak sah dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI), dalam soal ini sememangnya kita tidak berkompromi.

"Sekiranya dikesan ada kemasukan atau pendaratan maka kita akan tangkap, itu jelas," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemungkinan wujudnya cubaan kemasukan kira-kira 600 warga Rohingya ke negara ini selepas kapal dinaiki mereka dihalang untuk mendarat di Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Hazani berkata, tahap kesiapsiagaan PDRM dalam memastikan keadaan pesisiran pantai negara ketika ini sentiasa berada pada tahap terbaik.

Video memaparkan beberapa penduduk tempatan di Ulee Madon, Muara Batu, Aceh Utara mengarahkan warga Rohingya kembali semula ke kapal.
Video memaparkan beberapa penduduk tempatan di Ulee Madon, Muara Batu, Aceh Utara mengarahkan warga Rohingya kembali semula ke kapal.

"Soal kesiapsediaan itu sentiasa kita utamakan, ini dapat dilihat menerusi beberapa operasi dan siri tangkapan yang kita jalankan.

Artikel Berkaitan:

"PDRM sentiasa memastikan mana-mana cubaan mendaratkan PATI ini digagalkan demi kedaulatan negara," katanya.

Pada Jumaat lalu, portal media Indonesia melaporkan beratus warga Rohingya tiba di tepi pantai Ulee Madon, Muara Batu, Aceh Utara menggunakan sebuah kapal kayu namun kedatangan mereka itu tidak diterima penduduk di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan berkenaan kemudiannya memberikan makanan serta minuman kepada warga Rohingya terbabit sebelum mengarahkan mereka menaiki semula kapal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!