Peniaga jual sarapan dalam air

Peniaga tetap menjual sarapan kepada pelanggan walaupun air melimpah ke dalam kedai.
Peniaga tetap menjual sarapan kepada pelanggan walaupun air melimpah ke dalam kedai.
A
A
A

BACHOK - Walaupun kedai makan dinaiki air akibat hujan berterusan semalaman tidak menghalang seorang peniaga meneruskan operasi menjual sarapan kepada orang ramai di Kampung Kubang Golok di sini pada Isnin.

Peniaga berkenaan, Nooriman Kamaruddin, 40, berkata, air disedari memenuhi ruangan kedai makannya sebaik tiba di kedai itu untuk menjual nasi berlauk dan pelbagai kuih pada jam 7 pagi.

Katanya, situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan dipercayai akibat pembinaan perumahan berdekatan yang dibuat lebih tinggi berbanding kawasan kedai makannya.

“Saya berniaga di kampung ini sudah enam tahun dan air tidak pernah masuk ke dalam kedai, hanya kali ini dipenuhi air setinggi 0.2 meter.

Para pelanggan tetap datang membeli walaupun perlu meredah banjir.
Para pelanggan tetap datang membeli walaupun perlu meredah banjir.



“Saya teruskan juga berniaga kerana makanan sudah disiapkan dan kuih-muih pun bersedia untuk dijual kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Menurut Nooriman, keadaan itu juga tidak menghalang pelanggan datang membeli makanan dan bersarapan di kedainya kerana keadaan tersebut tidak berbahaya.

Pelbagai sarapan yang dijual kepada pelanggan.
Pelbagai sarapan yang dijual kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

“Air mengalir tetapi tidaklah terlalu tinggi dan akan surut beberapa jam selepas itu kalau hujan berhenti. Saya pun selesai berniaga lebih awal pada jam 11.30 pagi.

“Cuma tidak selesa kepada pelanggan yang makan di dalam kedai tetapi sekarang memang dah musimnya,” ujar Nooriman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!