Banjir: Hanya satu PPS masih dibuka di Segamat
SEGAMAT- Banjir di Segamat semakin pulih apabila hanya 30 mangsa daripada tujuh buah keluarga yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon dalam satu kenyataan hari ini berkata, hanya sebuah PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Batu Badak yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah.
Katanya, kesemua yang masih terjejas akibat 'banjir termenung' adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak.
"Cuaca kini cerah di sekitar Segamat dan pemantauan terhadap banjir dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!