Pelajar Tingkatan Lima cedera terkena merkuri

Pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyahcemar merkuri itu di dalam makmal.
Pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyahcemar merkuri itu di dalam makmal.
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang pelajar lelaki tingkatan lima cedera ringan selepas terkena tumpahan merkuri daripada termometer yang pecah di dalam makmal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Sacred Heart di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, pelajar terbabit dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi dan operasi menyelamat dilakukan dengan bantuan pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bayan Baru.

"Ketika pihak bomba tiba, pelajar yang tersentuh bahan kimia itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemeriksaan kami mendapati berlaku tumpahan merkuri dalam kuantiti yang sedikit daripada termometer yang pecah di atas meja makmal sekolah itu.

"Tindakan pihak bomba adalah dengan membuat size up dan pengungsian di kawasan berkenaan. Seterusnya, pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyahcemar merkuri itu di dalam makmal,” katanya ketika dihubungi pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: