Rumah hangus dijilat api

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran SK Seri Bakti Kampung Rambutan di sini hari ini. - Foto ihsan JBPM Kedah
Sebuah rumah musnah dalam kebakaran SK Seri Bakti Kampung Rambutan di sini hari ini. - Foto ihsan JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah rumah berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bakti Kampung Rambutan di sini hangus dijilat api dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira-kira jam 10.54 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang kemudiannya tiba kira-kira lapan minit kemudian di lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran dibantu BBP Pokok Sena.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati sebuah rumah kelas B mengalami kebakaran dengan kemusnahan sebanyak 70 peratus dari keseluruhan dan tidak melibatkan mangsa.

"Komander operasi memaklumkan ketika pasukan keluaran tiba di lokasi kejadian api sedang marak," katanya.

Katanya, susulan itu, anggota BBP Kuala Nerang dan BBP Pokok Sena bertindak memadam dan mengawal kebakaran tersebut menggunakan dua aliran 300 kaki, dua pancutan menggunakan breeching air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (perigi).

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.12 pagi manakala kerja-kerja overhaul sedang dijalankan bagi memastikan tiada punca api dan asap di lokasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!